Tuesday, 18 October 2011

Pekhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

KAUNSELING Berdasarkan :
· Secara sukarela oleh anda sendiri.Anda sendiri yang ingin berubah, bukan orang lain yang mengubah anda. 

· Tidak secara paksaan.

APAKAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING:

Ia adalah perkhidmatan percuma dan ikhlas daripada guru bimbingan & kaunseling kepada pelajar semua untuk mengatasi persoalan mengenai : -

î         Peribadi.
î         Perlakuan yang tidak digemari, pendiam, susah hendak bergaul dan selalu berpandangan negatif.
î         Perkembangan pelajaran.
î         Belajar dengan berkesan.
î         Merancang masa depan.
î         Ponteng dan malas belajar.
î         Menghisap rokok.
î         Penyalahgunaan dadah dan gam.
î         ATAU apa saja perkara yang anda ingin kongsikan bersama orang lain.

KAUNSELING BUKAN UNTUK :

¤        Mempengaruhi kepercayaan fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap anda.
¤        Menemuramah atau menemubual.
¤        Menilai kekuatan dan kelemahan.
¤        Mencari kesalahn anda.

MATLAMAT KAUNSELING

1.  Supaya pelajar dapat memahami diri dan situasinya.

2.  Supaya pelajar dapat menerima diri serta situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik.

3.  Supaya pelajar dapat mengenalpasti keperluan dan potensi dirinya.

4.  Supaya pelajar dapat membuat rancangan yang berkesan dalam kehidupan berdasarkan minat dan kesukaannya.

PERKHIDMATAN

BIMB&KAUNSELING INDIVIDU

BIMB&KAUNSELING KELOMPOK

INVENTORI

KONSULTASI KEIBUBAPAAN

BIMBINGAN DALAM BILIK DARJAH

PENDIDIKAN PENCEGAHAN

PRS

HALATUJU PENDIDIKAN & KERJAYA

  
GURU KAUNSELING ANDA ADALAH
SEORANG :

ü   Sanggup mendengar semua persoalan anda
     Menerima anda dalam apa jua keadaan
ü   Menerima dan MERAHSIAKAN apa saja yang telah dibincangkan.
ü   Menghormati diri anda sebagai seorang individu.
ü   Sedia berkhidmat kepada anda semua pada bila-bila masa sahaja.






Monday, 17 October 2011

Apa itu Bimbingan dan Kaunseling?

    

    Mengikut Dustin dan George (1997), mengatakan proses kaunseling ialah suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian.

      Mengikut Kell dan Mueller(1966), dalam Corey (2001) proese kaunseling adalah satu proses yang sistematik seseorang klien dapat membina satu matlamat yang konkrit dari segi pemikirannya kepada satu bentuk perubahan ynag intelektualnya.

     Maka, dapat dijelaskan bahawa proses kaunseling melibatkan seorang kaunselor dengan klien dalam situasi bersemuka dan berusaha bersama-sama ke arah pembangunan diri dan matlamat kaunseling.

Friday, 14 October 2011

Kenali SMK Permatang Tok Jaya

SMK Permatang Tok Jaya ataupun nama penuhnya Sekolah Menengah Permatag Tok Jaya (Model Khas Pulau Pinang) , Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa III merupakan sebuah sekolah yang dibina pada tahun 1995. SMK Permatang Tok Jaya mencapai pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang patut dibanggakan. Di sini akan diterangkan sedikit sebanyak berkenaan SMK Permatang Tok Jaya:


MISI
Membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, bersahsiah, berkepimpinan dan berwawasan.

MATLAMAT
-Mendidik pelajar dengan keperibadian islam
-Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
-Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat dan kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
-Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

OBJEKTIF
-Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokorikulum
-Melahirkan peljar yang mengamalkan akhlak mulia
-Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
-Melahirka pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai islam
-Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah

MOTTO SEKOLAH
-Beriman, Berilmu, dan Berwawasan

Tuesday, 11 October 2011

Pendahuluan

dimulakan dengan bismillah......:P
Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, akhirnya, siaplah sudah diubahsuai blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Permatang Tok Jaya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung  :D terutamanya kepada pihak guru - guru, kawan2 dan sumber-sumber yang sangat berguna dan membantu yang berada di sekitar bumi allah yang luas ini...