Tuesday, 18 October 2011

Pekhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

KAUNSELING Berdasarkan :
· Secara sukarela oleh anda sendiri.Anda sendiri yang ingin berubah, bukan orang lain yang mengubah anda. 

· Tidak secara paksaan.

APAKAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING:

Ia adalah perkhidmatan percuma dan ikhlas daripada guru bimbingan & kaunseling kepada pelajar semua untuk mengatasi persoalan mengenai : -

î         Peribadi.
î         Perlakuan yang tidak digemari, pendiam, susah hendak bergaul dan selalu berpandangan negatif.
î         Perkembangan pelajaran.
î         Belajar dengan berkesan.
î         Merancang masa depan.
î         Ponteng dan malas belajar.
î         Menghisap rokok.
î         Penyalahgunaan dadah dan gam.
î         ATAU apa saja perkara yang anda ingin kongsikan bersama orang lain.

KAUNSELING BUKAN UNTUK :

¤        Mempengaruhi kepercayaan fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap anda.
¤        Menemuramah atau menemubual.
¤        Menilai kekuatan dan kelemahan.
¤        Mencari kesalahn anda.

MATLAMAT KAUNSELING

1.  Supaya pelajar dapat memahami diri dan situasinya.

2.  Supaya pelajar dapat menerima diri serta situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik.

3.  Supaya pelajar dapat mengenalpasti keperluan dan potensi dirinya.

4.  Supaya pelajar dapat membuat rancangan yang berkesan dalam kehidupan berdasarkan minat dan kesukaannya.

PERKHIDMATAN

BIMB&KAUNSELING INDIVIDU

BIMB&KAUNSELING KELOMPOK

INVENTORI

KONSULTASI KEIBUBAPAAN

BIMBINGAN DALAM BILIK DARJAH

PENDIDIKAN PENCEGAHAN

PRS

HALATUJU PENDIDIKAN & KERJAYA

  
GURU KAUNSELING ANDA ADALAH
SEORANG :

ü   Sanggup mendengar semua persoalan anda
     Menerima anda dalam apa jua keadaan
ü   Menerima dan MERAHSIAKAN apa saja yang telah dibincangkan.
ü   Menghormati diri anda sebagai seorang individu.
ü   Sedia berkhidmat kepada anda semua pada bila-bila masa sahaja.






No comments:

Post a Comment